Dadah
merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan
kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan
emosi) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini
adalah seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada
dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Pelbagai jenis dadah yang terdapat
pada masa kini iaitu heroin, morfin dan ganja. Tembakau dan arak
juga merupakan dadah. Pengambilan yang berlebihan mendatangkan kesan yang
memudaratkan kesihatan. Dadah adalah masalah sosial paling rumit yang sedang
dihadapi oleh negara. Oleh itu, pelbagai cara telah dilakukan untuk menangani
ketagihan dadah.
Kaedah
penggunaan dadah digunakan oleh penagih dadah untuk melepaskan keinginan mereka
terhadap dadah. Dadah atau heroin disuntik secara intravena untuk mendapatkan
kesan serta-merta. Dalam bentuk asetil, heroin mudah diserap ke dalam sistem
saraf pusat. Cara lain yang digunakan oleh penagih adalah menghidu, suntikan
intravaskular dan menghisap. Kaedah menghisap adalah kaedah biasa yang
digunakan di kawasan Asia Tenggara kerana mempunyai bekalan heroin yang
tinggi ketulenannya. Kesan heroin masih boleh dirasai walaupun 80% daripada
kesan tersebut musnah apabila dipanaskan.
Jenis dadah dari
tumbuhan narkotik ialah Papaver
somniferum seperti pokok popi yang boleh menghasilkan opiat.
Istilah narkotik dalam perubatan merujuk kepada bahan candu dan bahan
sintetik yang bertindak seperti candu. Bahan narkotik boleh digunakan dalam
bidang perubatan sebagai sejenis ubat penahan sakit bagi kesakitan yang teruk.
Contohnya kesan patah tulang atau semasa
pembedahan. Selain itu, ia juga pernah digunakan bagi merawat mata, meredakan
batuk dan menghilangkan cirit-birit. Sumber bahan narkotik bahan semulajadi
ialah dari pohon popi iaitu papaver somniferum.
Pohon ini ditanam di seluruh dunia termasuk negara-negara di
Eropah, Asia dan Amerika Latin. Buah popi muda yang telah ditoreh
akan mengeluarkan getah jenis alkaloid yang bernama opiate
dan kemudian dikumpulkan dan dikeringkan sebagai candu mentah.
Candu mentah boleh didapati dalam bentuk
cecair, pepejal atau serbuk yang kebanyakkannya berwarna perang. Kini candu
mentah boleh dihasilkan secara sintetik dengan mengeluarkan alkaloid tersebut
daripada pokok popi tua yang kering. Candu mentah ini, boleh menghasilkan
sekurang-kurangnya 2 kumpulan alkaloid iaitu kumpulan pertama adalah morfin dan
Kodeina serta kumpulan kedua adalah Papaverin dan Noskapin. Kumpulan kedua ini
tidak banyak memberi kesan negatif berbanding dengan narkotik kumpulan pertama
khususnya morfin.
Jenis
narkotik boleh dibahagikan kepada dua iaitu jenis morfin dan kodeina. Morfin
merupakan alkaloid utama dalam candu. Kandungannya terdiri antara 4 peratus
hingga 21 peratus. Ianya didapati dalam bentuk serbuk berwarna putih. Kegunaan
morfin terhad sebagai ubat penahan sakit dalam perubatan. Alkaloid candu lain
ialah kodeina. Kandungannya agak rendah iaitu 0.7 peratus hingga 2.5 peratus.
Kebanyakan kodeina kini diperolehi daripada morfin dan didapati dalam bentuk
pil, kapsul dan cecair. Kegunaannya dalam perubatan meluas berbanding morfin
khususnya sebagai ubat batuk.
Penggunaan
narkotik bagi tujuan perubatan harus mendapat pengesahan pakar perubatan.
Penyalahgunaan dadah terjadi apabila narkotik disalahgunakan dengan pelbagai
kaedah yang membahayakan. Hal ini termasuklah dengan menyuntik ke dalam vena
(intravena), dipanggil saluran utama oleh penagih. Terdapat juga yang dijangkiti pelbagai penyakit khususnya akibat perkongsian
jarum suntikan yang kotor dan berulang-ulang. AIDS, Hepatitis serta keracunan
darah merupakan penyakit yang sering berlaku. Apabila narkotik digunakan
berulang kali ia akan menyebabkan seseorang itu bergantung kepadanya dan
memerlukannya setiap hari. Lama-kelamaan seseorang itu akan merasa terikat
kepada narkotik tersebut dan seterusnya menjadi ketagih.
Ganja
ialah sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh liar di banyak kawasan .Nama
santifik tumbuhan ini ialah Canabis
sativa. Terdapat juga yang terdiri daripada jenis canabis
indica. Ia juga dikenali sebagai marijuana. Marijuana berasal daripada
perkataan Portugis iaitu mariguango marijuana yang bermaksud bahan
memabukkan. Pokok cannabis banyak ditanam di kawasan negara Asia, mexico,
Afrika dan Timur tengah.
Cannabis
adalah bahan kompleks yang mengandungi 421 jenis bahan kimia yang tergolong
dalam 18 kelas berbeza. Antaranya ialah kanabinol, kanabidiol, asid
kanabinolodik dan sebagainya. Bahan yang memberi kesan penagihan ialah
tetrahidrokanabinol ataupun THC. Pada suatu ketika dahulu, dadah jenis ganja
ini pernah digunakan sebagai ubat dan diakui sebagai ubat yang berkesan. Ganja
pernah dikelaskan sebagai ubat penahan sakit (analgesik) ataupun ubat yang
merawat sawan (antigelugut), bila keadaan mula berubah, lebih banyak ubat
sintetik atau tiruan diperkenalkan dan seterusnya menggantikan penggunaan
ganja dalam perubatan. Pada masa inilah, ganja mula dikenalpasti sebagai sejenis
dadah yang boleh membawa kepada ketagihan. Hashish pula ialah nama dadah
kanabis yang digunakan di negara-negara Asia Barat. Kandungan THC adalah tinggi.
Hashish diperbuat daripada bunga ganja dan diedarkan dalam pelbagai bentuk
termasuk bebola dan kepingan yang berbentuk cecair likat yang terhasil daripada
pengekstrakan kanabis.
Canabis selalunya
dihisap seperti ganja, daunnya dihancurkan dan digulung seperti rokok. Apabila
dihisap, asap ganja yang disedut itu akan turut mempengaruhi paru-paru seperti
asap rokok. Kesan awal pada penagih ganja, ialah mata menjadi merah, rasa mual,
muntah-muntah, cirit-birit dan mulut serta tekak akan berasa kering. Hal ini
diikuti oleh rasa sejuk di hidung,kaki dan tangan. Pengambilan dos yang tinggi
akan menyebabkan si penagih merasa khayal dan mengalami pelbagai kesan
subjektif yang mengasyikkan. Seterusnya mereka akan mengalami
toxis psychosis atau tidak siuman.
No comments:
Post a Comment