Kesan Penyalahgunaan Dadah
Penagihan
dadah akan membawa kesengsaraan dan penderitaan kepada seseorang. Sekiranya
bekalan dadah tidak diperoleh, penagih akan berasa tidak selesa, gian dan
menderita. Matanya akan berair, hidung beringus, perut berasa sakit dan perit,
muntah serta cirit birit. Terdapat banyak jenis dadah yang boleh mengakibatkan
masalah mental. Contohnya, amphetamines, alcohol, barbiturates, ganja dan
L.S.D. Dadah yang boleh menghilangkan selera makan dan boleh menyebabkan
seseorang penagih kekurangan zat makanan. Selain itu, dadah juga boleh
menganggu sistem penting pada tubuh badan manusia seperti sistem pernafasan,
saraf, jantung, metabolisma dan otot-otot.
Septicamia
(peracunan darah), penyakit kulit, pembekuan darah di dalam pembuluh darah atau
jantung dan kematian mengejut akibat kekejutan mugkin terjadi semasa seseorang
penagih menyuntik dadah ke dalam tubuhnya. Penagih mudah dijangkiti
penyakit AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan) kerana berkongsi menggunakan jarum
semasa mengambil dadah. Daya tahan terhadap dadah akan terbina dalam badan
penagih jika penagih sering mengambil dadah. Oleh itu, penagih perlu mengambil
dos yang lebih tinggi demi mendapat keseronokkan yang sama seperti mula-mula
mengambil dadah. Jika ketagihan dibiarkan berterusan, penagih akan mengalami
gangguan mental dan menjadi tidak waras.
Seorang
penagih dadah akan berubah menjadi panas baran, pengsan dan kehilangan tenaga.
Dadah menyebabkan penagih dadah menjadi panas baran kerana kitaran darah dalam
badan penagih dadah menjadi lebih cepat. Selain itu, bagi penagih dadah yang kekurangan wang untuk
membeli dadah mereka juga sanggup melakukan perkara-perkara yang kejam untuk
mendapatkan dadah. Contoh perkara kejam adalah seorang bapa sanggup menyembelih
anak kandungnya sendiri.
Kesan
dadah yang lain adalah mampu memusnahkan kebahagiaan seseorang. Apabila
seseorang menagih dadah maka masa depan mereka akan terganggu kerana badan dan
otak menjadi lemah. Hal ini disebabkan
dadah telah meracuni tubuh mereka. Keluarga menjadi kucar-kacir kerana
ketagihan dadah. Penagih dadah telah menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
mereka dalam kalangan masyarakat. Penagih akan menjadi bebanan kepada
keluarganya kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang untuk
merawatnya. Jika penagih sudah berkeluarga, kehilangan kemahuan seks dan
kegagalan menunaikan tanggungjawab terhadap rumahtangga akan menyebabkan
penceraian di antara ahli keluarga. Jika penagih tersebut adalah seorang wanita
dan telah mengandung, berkemungkinan akan melahirkan anak yang cacat dan ketagihan
dadah. Oleh itu, sebuah keluarga yang mempunyai penagih tidak akan dapat hidup
dengan aman dan harmoni.
Kesan
penyalahgunaan dadah akan menyebabkan seseorang terjerumus ke dalam kegiatan
jenayah akibat terlalu mahukan dadah. Mereka yang bergantung kepada bahan
narkotik kebiasaannya terpaksa melakukan kegiatan-kegiatan jenayah seperti
merompak dan membunuh untuk mendapatkan wang yang cukup bagi memenuhi tabiat
mereka.
Tabiat
menagih dadah akan merosakkan pemimpin pada masa hadapan dan melemahkan
keselamatan negara. Dua pertiga daripada mereka yang terlibat dengan dadah
adalah golongan belia termasuk belia di Institusi Pengajian Tinggi. Penagihan
dadah akan merosakkan bakal-bakal pemimpin negara pada masa akan datang. Sesebuah
masyarakat yang ramai belianya menjadi penagih dadah akan menjadi lemah dan
rendah pencapaiannya. Oleh itu, negara akan kekurangan sumber tenaga untuk
mempertahankan negara dari serangan musuh.
Masyarakat
dan negara terpaksa menaggung beban. Penagih dadah tidak bermaya, lemah serta
tidak berkemampuan menguruskan diri sendiri. Akibatnya masyarakat dan negara
terpaksa menanggung beban memelihara mereka. Selain itu, pihak kerajaan
terpaksa membeli keperluan untuk usaha-usaha pemulihan penagih dadah. Di
samping itu, perbelanjaan penguatkuasaan juga turut meningkat untuk menambah
jumlah anggota polis, kastam, penjara, perbelanjaan mahkamah dan lain-lain
untuk membendung masalah ketagihan. Selain itu, mata wang Malaysia turut
mengalir keluar negara yang dipercayai membekalkan dadah. Hal ini akan
menjejaskan ekonomi negara kerana penagih membelanjakan beratus juta ringgit
setahun untuk membeli dadah.
nice helpful bagussnyaaaaaaaa
ReplyDeleteHelpfull
ReplyDelete👍🏻nice info😍
ReplyDelete🤘🏻
ReplyDelete