Labels

Wednesday, 28 November 2012

Langkah Pencegahan Dadah



Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang lebih berat untuk mengurangkan penagih dan pengedar dadah. Contohnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah . Hal ini demikian kerana tanpa pengedar dadah, penagih sukar memperolehi bekalan dadah. Selain itu, penagih dadah akan dikenakan hukuman yang berat. Contohnya, hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis ‘Syabu’. Kesalahan mengedar dadah Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram di bawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, . Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan  hukuman maksima adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebatan.  Jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah Syabu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah boleh dijatuhkan hukuman maksima 10 tahun penjara atau $20,000.00 atau kedua-duanya sekali.
  
Meningkatkan pelaksanaan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah. yang boleh mengurangkan jumlah penagih dadah di semua kawasan . Pihak kerajaan dan swasta dalam usaha untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Contohnya, mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan belia tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka tentang keluarga dan pekerjaan .
           
 Mewujudkan dan meningkatkan kerjasama di antara orang awam dan pihak kerajaan dan. Hal ini bertujuan supaya mereka sentiasa bekerjasama bagi membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan belia. Contohnya, masyarakat dan pihak kerajaan perlu bertindak  dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. . Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan. Contohnya membuat sekatan jalan raya bagi memeriksa kenderaan yang disyaki membawa dadah. Selain itu, mewujudkan jawatankuasa kampung, pekan, bandar dan lain-lain untuk memastikan penagih dadah dapat dikesan supaya dapat mengurangkan penagih dadah di Malaysia.

Pihak kerajaan perlu memperbanyakkan kempen untuk golongan belia seperti ibu bapa remaja dan lain-lain. Kempen yang dijalankan haruslah diadakan dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan dan pihak swasta. Aktiviti yang dijalankan perlu dikenal pasti keberkesanannya kepada golongan belia dalam jangka masa panjang. Kempen yang dilakukan harus melibatkan golongan belia yang sering menjadi sasaran para penjual dadah. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu golongan belia untuk memilih kehidupan yang lebih baik untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara.
   
Memberi pendedahan tentang cara mengamalkan gaya hidup yang sihat setiap hari. Hal ini adalah untuk mengelakkan belia daripada melakukan perbuatan yang memudaratkan diri sendiri seperti menagih dadah.. Berehat daripada melakukan  pekerjaan dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan. Selain itu, melakukan senaman ringan juga dapat mengurangkan stress. Golongan belia juga perlu sentiasa berfikiran positif dan menjaga kesihatan dari segi mental, fizikal, emosi dan lain-lain. Hal ini adalah untuk menguragkan stress.

Didikan agama sangat penting dalam kehidupan kini kerana ia menjadi panduan dalam kehidupan seharian setiap umat islam. Seterusnya dengan adanya didikan agama yang mantap ia akan menjadi benteng pertahanaan diri yang kuat. Contahnya didikan agama yang perlu ada pada setiap orang adalah solat, puasa, zakat dan lain lain. Jika tidak segala permasalahan akan timbul dan mendatangkan kesan yang buruk pada masa akan datang.








No comments:

Post a Comment