Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang lebih berat untuk
mengurangkan penagih dan pengedar dadah. Contohnya di berikan hukuman mati
(gantung) bagi pengedar dadah . Hal ini demikian kerana tanpa pengedar dadah,
penagih sukar memperolehi bekalan dadah. Selain itu, penagih dadah akan dikenakan
hukuman yang berat. Contohnya, hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis ‘Syabu’.
Kesalahan mengedar dadah Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram di bawah
seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, . Hukuman minima adalah 20 tahun
penjara dan 15 kali sebat dan hukuman maksima adalah 30 tahun penjara dan
15 kali sebatan. Jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan hukuman
mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah Syabu di bawah Seksyen 6
(b) Akta Penyalahgunaan Dadah boleh dijatuhkan hukuman maksima 10 tahun penjara
atau $20,000.00 atau kedua-duanya sekali.
Meningkatkan pelaksanaan pendidikan untuk mencegah dari
penyalahgunaan dadah. yang boleh mengurangkan jumlah penagih dadah di semua
kawasan . Pihak kerajaan dan swasta dalam usaha untuk membanteras isu
penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Contohnya,
mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya.
Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada
masyarakat terutama golongan belia tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka
tentang keluarga dan pekerjaan .
Mewujudkan dan
meningkatkan kerjasama di antara orang awam dan pihak kerajaan dan. Hal ini
bertujuan supaya mereka sentiasa bekerjasama bagi membanteras isu
penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan
belia. Contohnya, masyarakat dan pihak kerajaan perlu bertindak dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang
mencurigakan. . Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan.
Contohnya membuat sekatan jalan raya bagi memeriksa kenderaan yang disyaki
membawa dadah. Selain itu, mewujudkan jawatankuasa kampung, pekan, bandar dan
lain-lain untuk memastikan penagih dadah dapat dikesan supaya dapat
mengurangkan penagih dadah di Malaysia.
Pihak kerajaan perlu memperbanyakkan kempen untuk golongan
belia seperti ibu bapa remaja dan lain-lain. Kempen yang dijalankan haruslah
diadakan dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan dan pihak swasta. Aktiviti
yang dijalankan perlu dikenal pasti keberkesanannya kepada golongan belia dalam
jangka masa panjang. Kempen yang dilakukan harus melibatkan golongan belia yang
sering menjadi sasaran para penjual dadah. Hal ini secara tidak langsung dapat
membantu golongan belia untuk memilih kehidupan yang lebih baik untuk diri,
keluarga, masyarakat dan negara.
Memberi
pendedahan tentang cara mengamalkan gaya hidup yang sihat setiap hari. Hal ini
adalah untuk mengelakkan belia daripada melakukan perbuatan yang memudaratkan
diri sendiri seperti menagih dadah.. Berehat daripada melakukan pekerjaan dapat mengurangkan tekanan dan
menenangkan tubuh badan. Selain itu, melakukan senaman ringan juga dapat
mengurangkan stress. Golongan belia juga perlu sentiasa berfikiran positif dan
menjaga kesihatan dari segi mental, fizikal, emosi dan lain-lain. Hal ini
adalah untuk menguragkan stress.
Didikan
agama sangat penting dalam kehidupan kini kerana ia menjadi panduan dalam
kehidupan seharian setiap umat islam. Seterusnya dengan adanya didikan agama
yang mantap ia akan menjadi benteng pertahanaan diri yang kuat. Contahnya
didikan agama yang perlu ada pada setiap orang adalah solat, puasa, zakat dan
lain lain. Jika tidak segala permasalahan akan timbul dan mendatangkan kesan
yang buruk pada masa akan datang.