Labels

Wednesday, 28 November 2012

Langkah Pencegahan Dadah



Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang lebih berat untuk mengurangkan penagih dan pengedar dadah. Contohnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah . Hal ini demikian kerana tanpa pengedar dadah, penagih sukar memperolehi bekalan dadah. Selain itu, penagih dadah akan dikenakan hukuman yang berat. Contohnya, hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis ‘Syabu’. Kesalahan mengedar dadah Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram di bawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, . Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan  hukuman maksima adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebatan.  Jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah Syabu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah boleh dijatuhkan hukuman maksima 10 tahun penjara atau $20,000.00 atau kedua-duanya sekali.
  
Meningkatkan pelaksanaan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah. yang boleh mengurangkan jumlah penagih dadah di semua kawasan . Pihak kerajaan dan swasta dalam usaha untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Contohnya, mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan belia tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka tentang keluarga dan pekerjaan .
           
 Mewujudkan dan meningkatkan kerjasama di antara orang awam dan pihak kerajaan dan. Hal ini bertujuan supaya mereka sentiasa bekerjasama bagi membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan belia. Contohnya, masyarakat dan pihak kerajaan perlu bertindak  dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. . Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan. Contohnya membuat sekatan jalan raya bagi memeriksa kenderaan yang disyaki membawa dadah. Selain itu, mewujudkan jawatankuasa kampung, pekan, bandar dan lain-lain untuk memastikan penagih dadah dapat dikesan supaya dapat mengurangkan penagih dadah di Malaysia.

Pihak kerajaan perlu memperbanyakkan kempen untuk golongan belia seperti ibu bapa remaja dan lain-lain. Kempen yang dijalankan haruslah diadakan dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan dan pihak swasta. Aktiviti yang dijalankan perlu dikenal pasti keberkesanannya kepada golongan belia dalam jangka masa panjang. Kempen yang dilakukan harus melibatkan golongan belia yang sering menjadi sasaran para penjual dadah. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu golongan belia untuk memilih kehidupan yang lebih baik untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara.
   
Memberi pendedahan tentang cara mengamalkan gaya hidup yang sihat setiap hari. Hal ini adalah untuk mengelakkan belia daripada melakukan perbuatan yang memudaratkan diri sendiri seperti menagih dadah.. Berehat daripada melakukan  pekerjaan dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan. Selain itu, melakukan senaman ringan juga dapat mengurangkan stress. Golongan belia juga perlu sentiasa berfikiran positif dan menjaga kesihatan dari segi mental, fizikal, emosi dan lain-lain. Hal ini adalah untuk menguragkan stress.

Didikan agama sangat penting dalam kehidupan kini kerana ia menjadi panduan dalam kehidupan seharian setiap umat islam. Seterusnya dengan adanya didikan agama yang mantap ia akan menjadi benteng pertahanaan diri yang kuat. Contahnya didikan agama yang perlu ada pada setiap orang adalah solat, puasa, zakat dan lain lain. Jika tidak segala permasalahan akan timbul dan mendatangkan kesan yang buruk pada masa akan datang.








Kesan-Kesan Penyalahgunaan Dadah



      Kesan Penyalahgunaan Dadah

Penagihan dadah akan membawa kesengsaraan dan penderitaan kepada seseorang. Sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh, penagih akan berasa tidak selesa, gian dan menderita. Matanya akan berair, hidung beringus, perut berasa sakit dan perit, muntah serta cirit birit. Terdapat banyak jenis dadah yang boleh mengakibatkan masalah mental. Contohnya, amphetamines, alcohol, barbiturates, ganja dan L.S.D. Dadah yang boleh menghilangkan selera makan dan boleh menyebabkan seseorang penagih kekurangan zat makanan. Selain itu, dadah juga boleh menganggu sistem penting pada tubuh badan manusia seperti sistem pernafasan, saraf, jantung, metabolisma dan otot-otot.

Septicamia (peracunan darah), penyakit kulit, pembekuan darah di dalam pembuluh darah atau jantung dan kematian mengejut akibat kekejutan mugkin terjadi semasa seseorang penagih menyuntik dadah ke dalam tubuhnya. Penagih mudah dijangkiti penyakit AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan) kerana berkongsi menggunakan jarum semasa mengambil dadah. Daya tahan terhadap dadah akan terbina dalam badan penagih jika penagih sering mengambil dadah. Oleh itu, penagih perlu mengambil dos yang lebih tinggi demi mendapat keseronokkan yang sama seperti mula-mula mengambil dadah. Jika ketagihan dibiarkan berterusan, penagih akan mengalami gangguan mental dan menjadi tidak waras.

Seorang penagih dadah akan berubah menjadi panas baran, pengsan dan kehilangan tenaga. Dadah menyebabkan penagih dadah menjadi panas baran kerana kitaran darah dalam badan penagih dadah menjadi lebih cepat. Selain itu,  bagi penagih dadah yang kekurangan wang untuk membeli dadah mereka juga sanggup melakukan perkara-perkara yang kejam untuk mendapatkan dadah. Contoh perkara kejam adalah seorang bapa sanggup menyembelih anak kandungnya sendiri.

Kesan dadah yang lain adalah mampu memusnahkan kebahagiaan seseorang. Apabila seseorang menagih dadah maka masa depan mereka akan terganggu kerana badan dan otak menjadi lemah. Hal ini disebabkan  dadah telah meracuni tubuh mereka. Keluarga menjadi kucar-kacir kerana ketagihan dadah. Penagih dadah telah menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga mereka dalam kalangan masyarakat. Penagih akan menjadi bebanan kepada keluarganya kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang untuk merawatnya. Jika penagih sudah berkeluarga, kehilangan kemahuan seks dan kegagalan menunaikan tanggungjawab terhadap rumahtangga akan menyebabkan penceraian di antara ahli keluarga. Jika penagih tersebut adalah seorang wanita dan telah mengandung, berkemungkinan akan melahirkan anak yang cacat dan ketagihan dadah. Oleh itu, sebuah keluarga yang mempunyai penagih tidak akan dapat hidup dengan aman dan harmoni.

Kesan penyalahgunaan dadah akan menyebabkan seseorang terjerumus ke dalam kegiatan jenayah akibat terlalu mahukan dadah. Mereka yang bergantung kepada bahan narkotik kebiasaannya terpaksa melakukan kegiatan-kegiatan jenayah seperti merompak dan membunuh untuk mendapatkan wang yang cukup bagi memenuhi tabiat mereka.

Tabiat menagih dadah akan merosakkan pemimpin pada masa hadapan dan melemahkan keselamatan negara. Dua pertiga daripada mereka yang terlibat dengan dadah adalah golongan belia termasuk belia di Institusi Pengajian Tinggi. Penagihan dadah akan merosakkan bakal-bakal pemimpin negara pada masa akan datang. Sesebuah masyarakat yang ramai belianya menjadi penagih dadah akan menjadi lemah dan rendah pencapaiannya. Oleh itu, negara akan kekurangan sumber tenaga untuk mempertahankan negara dari serangan musuh.

Masyarakat dan negara terpaksa menaggung beban. Penagih dadah tidak bermaya, lemah serta tidak berkemampuan menguruskan diri sendiri. Akibatnya masyarakat dan negara terpaksa menanggung beban memelihara mereka. Selain itu, pihak kerajaan terpaksa membeli keperluan untuk usaha-usaha pemulihan penagih dadah. Di samping itu, perbelanjaan penguatkuasaan juga turut meningkat untuk menambah jumlah anggota polis, kastam, penjara, perbelanjaan mahkamah dan lain-lain untuk membendung masalah ketagihan. Selain itu, mata wang Malaysia turut mengalir keluar negara yang dipercayai membekalkan dadah. Hal ini akan menjejaskan ekonomi negara kerana penagih membelanjakan beratus juta ringgit setahun untuk membeli dadah.



Tuesday, 27 November 2012

Pengenalan




Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini adalah seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Pelbagai jenis dadah yang terdapat pada masa kini iaitu heroin, morfin dan ganja. Tembakau dan arak juga merupakan dadah. Pengambilan yang berlebihan mendatangkan kesan yang memudaratkan kesihatan. Dadah adalah masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Oleh itu, pelbagai cara telah dilakukan untuk menangani ketagihan dadah.

Kaedah penggunaan dadah digunakan oleh penagih dadah untuk melepaskan keinginan mereka terhadap dadah. Dadah atau heroin disuntik secara intravena untuk mendapatkan kesan serta-merta. Dalam bentuk asetil, heroin mudah diserap ke dalam sistem saraf pusat. Cara lain yang digunakan oleh penagih adalah menghidu, suntikan intravaskular dan menghisap. Kaedah menghisap adalah kaedah biasa yang digunakan di kawasan Asia Tenggara kerana mempunyai bekalan heroin yang tinggi ketulenannya. Kesan heroin masih boleh dirasai walaupun 80% daripada kesan tersebut musnah apabila dipanaskan.

 Jenis dadah dari tumbuhan narkotik ialah Papaver somniferum seperti pokok popi yang boleh menghasilkan opiat. Istilah narkotik dalam perubatan merujuk kepada bahan candu dan bahan sintetik yang bertindak seperti candu. Bahan narkotik boleh digunakan dalam bidang perubatan sebagai sejenis ubat penahan sakit bagi kesakitan yang teruk. Contohnya  kesan patah tulang atau semasa pembedahan. Selain itu, ia juga pernah digunakan bagi merawat mata, meredakan batuk dan menghilangkan cirit-birit. Sumber bahan narkotik bahan semulajadi ialah dari pohon popi iaitu papaver somniferum. Pohon ini ditanam di seluruh dunia termasuk negara-negara di Eropah, Asia dan Amerika Latin. Buah popi muda yang telah ditoreh akan mengeluarkan getah jenis alkaloid yang bernama opiate dan kemudian dikumpulkan dan dikeringkan sebagai candu mentah.

 Candu mentah boleh didapati dalam bentuk cecair, pepejal atau serbuk yang kebanyakkannya berwarna perang. Kini candu mentah boleh dihasilkan secara sintetik dengan mengeluarkan alkaloid tersebut daripada pokok popi tua yang kering. Candu mentah ini, boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 2 kumpulan alkaloid iaitu kumpulan pertama adalah morfin dan Kodeina serta kumpulan kedua adalah Papaverin dan Noskapin. Kumpulan kedua ini tidak banyak memberi kesan negatif berbanding dengan narkotik kumpulan pertama khususnya morfin.

 Jenis narkotik boleh dibahagikan kepada dua iaitu jenis morfin dan kodeina. Morfin merupakan alkaloid utama dalam candu. Kandungannya terdiri antara 4 peratus hingga 21 peratus. Ianya didapati dalam bentuk serbuk berwarna putih. Kegunaan morfin terhad sebagai ubat penahan sakit dalam perubatan. Alkaloid candu lain ialah kodeina. Kandungannya agak rendah iaitu 0.7 peratus hingga 2.5 peratus. Kebanyakan kodeina kini diperolehi daripada morfin dan didapati dalam bentuk pil, kapsul dan cecair. Kegunaannya dalam perubatan meluas berbanding morfin khususnya sebagai ubat batuk.

Penggunaan narkotik bagi tujuan perubatan harus mendapat pengesahan pakar perubatan. Penyalahgunaan dadah terjadi apabila narkotik disalahgunakan dengan pelbagai kaedah yang membahayakan. Hal ini termasuklah dengan menyuntik ke dalam vena (intravena), dipanggil saluran utama oleh penagih. Terdapat juga yang  dijangkiti pelbagai penyakit khususnya akibat perkongsian jarum suntikan yang kotor dan berulang-ulang. AIDS, Hepatitis serta keracunan darah merupakan penyakit yang sering berlaku. Apabila narkotik digunakan berulang kali ia akan menyebabkan seseorang itu bergantung kepadanya dan memerlukannya setiap hari. Lama-kelamaan seseorang itu akan merasa terikat kepada narkotik tersebut dan seterusnya menjadi ketagih.
 
Ganja ialah sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh liar di banyak kawasan .Nama santifik tumbuhan ini ialah Canabis sativa.  Terdapat  juga yang terdiri daripada jenis canabis indica. Ia juga dikenali sebagai marijuana. Marijuana berasal daripada perkataan Portugis iaitu mariguango  marijuana yang bermaksud bahan memabukkan. Pokok cannabis banyak ditanam di kawasan negara Asia, mexico, Afrika dan Timur tengah. 

Cannabis adalah bahan kompleks yang mengandungi 421 jenis bahan kimia yang tergolong dalam 18 kelas berbeza. Antaranya ialah kanabinol, kanabidiol, asid kanabinolodik dan sebagainya. Bahan yang memberi kesan penagihan ialah tetrahidrokanabinol ataupun THC. Pada suatu ketika dahulu, dadah jenis ganja ini pernah digunakan sebagai ubat dan diakui sebagai ubat yang berkesan. Ganja pernah dikelaskan sebagai ubat penahan sakit (analgesik) ataupun ubat yang merawat sawan (antigelugut), bila keadaan mula berubah, lebih banyak ubat sintetik atau tiruan diperkenalkan dan seterusnya menggantikan penggunaan ganja dalam perubatan. Pada masa inilah, ganja mula dikenalpasti sebagai sejenis dadah yang boleh membawa kepada ketagihan. Hashish pula ialah nama dadah kanabis yang digunakan di negara-negara Asia Barat. Kandungan THC adalah tinggi. Hashish diperbuat daripada bunga ganja dan diedarkan dalam pelbagai bentuk termasuk bebola dan kepingan yang berbentuk cecair likat yang terhasil daripada pengekstrakan kanabis.        

        Canabis selalunya dihisap seperti ganja, daunnya dihancurkan dan digulung seperti rokok. Apabila dihisap, asap ganja yang disedut itu akan turut mempengaruhi paru-paru seperti asap rokok. Kesan awal pada penagih ganja, ialah mata menjadi merah, rasa mual, muntah-muntah, cirit-birit dan mulut serta tekak akan berasa kering. Hal ini diikuti oleh rasa sejuk di hidung,kaki dan tangan. Pengambilan dos yang tinggi akan menyebabkan si penagih merasa khayal dan mengalami pelbagai kesan subjektif yang mengasyikkan. Seterusnya mereka akan mengalami toxis psychosis atau tidak siuman.

           Kokain adalah berasal daripada pokok Erythroxylon coca yang tumbuh 1000 kaki di atas lereng kawasan barat gunung Andes. Pada zaman dahulu daun coca ini dimakan oleh masyarakat Peru, Bolivia,chile dan Columbia untuk menyegarkan badan serta menghilangkan keletihan